LATEST IDEAS

Sistem Pandu Lalu Kunci (Drive-Thru)

Sistem pandu lalu kunci perlu dibangukan bagi staf mengambil kunci jabatan masing-masing di Pejabat Bahagian Keselamatan. Di sini saya mencadangkan, bahagian tanah lapang yang ada di belakang kabin Pejabat Keselamatan, diratakan. Kerjasama pihak Harta Bina diperlukan...

Penjimatan Elektrik

Untuk menggalakkan amalan penjimatan elektrik secara bijaksana pada waktu puncak, saya cadangkan agar Universiti mengadakan 4 bulan sekali Liga Prestasi Fakulti/Jabatan di mana Fakulti/Jabatan dengan penggunaan elektrik paling minimum (Best Initiative) diberikan sijil...

Laluan Khas di Pintu Utama

Saya mencadangkan supaya laluan masuk ke UTM (di Pondok Keselamatan/Main Entrance) dibuat 2 laluan. Laluan pertama: khas untuk staf dan juga pelajar sahaja. Laluan kedua: pelawat dan lain-lain. Untuk laluan pertama, diwarnakan laluan tersebut dengan warna kuning atau...

Unit Berkuda

Saya mencadangkan agar pihak Unit Keselamatan khasnya dan UTM amnya dapat menubuhkan Unit Berkuda. Unit ini boleh bergerak semasa majlis-majlis rasmi Universiti seperti Majlis Konvokesyen. Ini secara tidak langsung akan menjadikan kelainan dan mungkin UTM menjadi...

Kemudahan Mesin Air Minum di Kawasan Rekreasi

Saya ingin mencadangkan agar setiap kawasan rekreasi (seperti gym rakyat berhampiran tasik, balai cerapan, dll) dibekalkan dengan kemudahan mesin air minum. Ini memudahkan sesiapa yang bersukan selain menggalakkan lebih ramai untuk bersukan.

Cenderahati buat Pesara OKU (Cacat Penglihatan)

Idea ini lebih kepada cetusan hati rakan OKU cacat penglihatan yang telah bersara pada tahun 2010 lalu. Cenderahati persaraan daripada bekas majikan setelah sekian lamanya berkhidmat penuh setia adalah suatu pemberian yang amat besar ertinya buat seseorang staf....

Tarikan Pengunjung ke UTM Iconic Building

Salah satu daripada lima Teras Strategik UTM 2011 adalah memajukan konsep Universiti Penyelidikan berasaskan keusahawanan dan salah satu daripada inisiatif baru yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Iconic Building sebagai focal point Kampus Johor Bahru. Dalam usaha...

Cadangan Pembinaan Escalator di UTM

Era teknologi semakin hari semakin maju, UTM sebagai salah sebuah institusi yang berteraskan Teknologi dan Kejuruteraan seharusnya bergerak seiring dengan perubahan zaman selari dengan status Universiti Penyelidikan di Malaysia. Sepertimana kita sedia maklum, sains...

Coin Locker di Masjid Sultan Ismail

Merujuk statistik daripada Bahagian Keselamatan, didapati sering berlaku kecurian ketika jemaah menunaikan sembahyang di Masjid Sultan Ismail (MSI). Dengan ini, saya cadangkan supaya disediakan COIN LOCKER (locker simpan barang) di MSI bagi memudahkan staf,...

Jawatankuasa Audit Bangunan

Banyak bangunan dalam UTM yang perlu diselenggarakan kerana ada bangunan yang siling sudah bocor, genting patah, bocor sana sini, wayar elektrik terkena hujan. Cadangan saya perlu wujudkan satu jawatankuasa audit untuk melihat semua ini sebelum sesuatu malapetaka...

Penggunaan Emel MSN @live.utm.my secara Efisien

Idea saya adalah pihak UTM harus mempertingkatkan keberkesanan penggunaan emel MSN @live.utm.my. Maksudnya di sini adalah segala aktiviti dan maklumat seperti seminar, persidangan, bengkel, ekspo, pameran, PSZ's library hands-on tutorial classes, health care &...

Breakfast with Vice Chancellor

Idea saya adalah untuk pihak UTM melaksanakan program Breakfast with Vice Chancellor bertujuan bagi merapatkan hubungan antara pihak Pengurusan Tertinggi Universiti, staf akademik, staf sokongan dan mahasiswa tempatan dan antarabangsa. Program ini boleh mengenengahkan...

Sisa Minyak Masak di Kafeteria dan Arked

Idea saya adalah mencadangkan kepada pihak universiti seperti Pejabat Harta Bina, untuk melantik kontraktor bagi melupuskan minyak masak terpakai di kawasan arked dan kafeteria. Selain melantik kontraktor, institusi seperti IPASA dan Fakulti Sains boleh memainkan...

HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!

click on below button to fill in the idea form

UTM Open Day