Saya mencadangkan supaya laluan masuk ke UTM (di Pondok Keselamatan/Main Entrance) dibuat 2 laluan. Laluan pertama: khas untuk staf dan juga pelajar sahaja. Laluan kedua: pelawat dan lain-lain. Untuk laluan pertama, diwarnakan laluan tersebut dengan warna kuning atau apa-apa warna dan laluan kedua seperti sekarang. Ini untuk memudahkan staf/pelajar yang hendak masuk ke kampus – tidak perlu berbaris panjang ketika ada kenderaan luar/pelawat hendak masuk ke kampus, terutama ketika waktu pagi atau petang yang mana staf hendak masuk pejabat dan pelajar hendak hadiri kuliah.