salam

dalam sistem Class Attendance, pelajar akan scan kedatangan, dan maklumat akan terus disimpan. dan untuk paparan, perlu kepada pensyarah klik satu-satu tarikh kedatangan. ini menyukarkan pensyarah mengenalpasti jumlah peratus kedatangan pelajar ke kelas+makmal.

jadi, kami pensyarah mohon untuk pihak UTMDigital buat satu tambahan pilihan untuk lihat kedatangan pelajar ke kelas secara keseluruhan mengikut semester. ini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan SQL Commands, dan kemudiannya, terus memaparkan peratus kedatangan pelajar. ini boleh membantu pensyarah membuat semakan, dan mengeluarkan surat amaran sekiranya perlu, kerana bukti boleh dikeluarkan secara terus.

terima kasih