Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi sistem penetapan klinik panel UTM sekarang hanya tertumpu kepada pemilihan 2 buah klinik sahaja. Pemilihan klinik ini kebiasaannya akan dipilih berdasarkan lokasi yang berdekatan dengan rumah staf atau hampir dengan tempat kerja dan kemungkinan cadangan rakan-rakan atau sebagainya.

Walaubagaimanapun, kelemahan berlaku apabila klinik yang telah dipilih staf kadang-kala tidak memberikan perkhidmatan yang baik sepertimana diperlukan di mana sekiranya ingin menukar klinik panel yang lain perlu menunggu tempoh 6 bulan.

Selain itu, sekiranya tiada keserasian dengan klinik yang dipilih seperti pemeriksaan, cas yang dikenakan atau ubat yang diberikan doktor, maka ia menyebabkan staf perlu ke klinik lain dengan bayaran sendiri disebabkan klinik tersebut bukan dari klinik panel yang dipilih.

Oleh itu, saya mencadangkan agar penetapan klinik panel yang lebih fleksibel di mana staf dibenarkan untuk pergi ke mana-mana klinik yang telah berdaftar sebagai klinik panel di bawah UTM.

Ia lebih memudahkan kepada staf untuk pergi ke mana-mana klinik panel yang telah berdaftar dengan UTM khususnya dalam waktu kecemasan.

Prestasi klinik panel juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi membolehkan staf dan ahli keluarga mendapatkan rawatan yang baik.

Berkemungkinan satu survey boleh dijalankan dikalangan staf UTM bagi menilai tahap kepuasan terhadap klinik panel yang telah dipilih oleh mereka pada masa sekarang.

Sekian, terima kasih.