Era teknologi semakin hari semakin maju, UTM sebagai salah sebuah institusi yang berteraskan Teknologi dan Kejuruteraan seharusnya bergerak seiring dengan perubahan zaman selari dengan status Universiti Penyelidikan di Malaysia. Sepertimana kita sedia maklum, sains dan teknologi merupakan satu bidang yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada manusia sejagat.

Mengambil kira perkara ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak Pengurusan UTM dapat menimbang untuk membina escalator, khususnya di lobi Bangunan Pentadbiran UTM. Pada masa ini, UTM menerima banyak tetamu kehormat dan banyak majlis berlangsung di Bangunan Pentadbiran, khususnya di Dewan Senat, Bilik Mesyuarat Utama, Dewan Banquet dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya escalator dapat memudahkan pergerakan individu dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain, terutamanya mereka yang mempunyai kelainan upaya, warga emas dan sebagainya.

Bagi memastikan penjimatan berlaku, escalator tersebut boleh dilengkapi dengan sistem pengesan di mana sekiranya tiada pengguna yang melalui sistem pengesan itu, maka escalator tersebut tidak akan berfungsi dan sebaliknya. Ini dapat memberikan penjimatan tenaga elektrik.