Idea ini lebih kepada cetusan hati rakan OKU cacat penglihatan yang telah bersara pada tahun 2010 lalu.

Cenderahati persaraan daripada bekas majikan setelah sekian lamanya berkhidmat penuh setia adalah suatu pemberian yang amat besar ertinya buat seseorang staf.

Adalah lebih bermakna dan amat besar erti dan kegunaannya jika cenderahati buat golongan ini diberi ikut kesesuaian. Senaskah Al-Quran Braille dan seutas jam tangan Braille menggantikan senaskah Al-Quran berkualiti tinggi dan sebuah jam tangan edisi canggih, di mana kosnya juga jauh lebih rendah namun ianya amat dapat “berbakti” dan terkesan di hati.