Sistem pandu lalu kunci perlu dibangukan bagi staf mengambil kunci jabatan masing-masing di Pejabat Bahagian Keselamatan. Di sini saya mencadangkan, bahagian tanah lapang yang ada di belakang kabin Pejabat Keselamatan, diratakan. Kerjasama pihak Harta Bina diperlukan bagi melicinkan lagi urusan di masa akan datang. Secara tidak langsung, kesesakan pada waktu pagi, di mana kita dapat lihat pintu utama yang sesak akan dapat dielakkan. Sistem pandu lalu ini juga dapat memudahkan sistem manual ‘menulis dalam buku’ seperti sekarang dapat dihapuskan. Bagi pembangunan sistem, pihak CICT perlu turut sama terlibat.

Baru-baru ini, saya ada membuat cadangan di KIK yang diadakan di DSI, dan tanpa disangka, cadangan saya ini telah terpilih antara 5 cadangan terbaik. Maka, saya mengambil inisiatif untuk ia dicadangkan dalam bank idea. Semoga ia dapat dipertimbangkan untuk kemudahan warga UTM di masa akan datang.