Salah satu daripada lima Teras Strategik UTM 2011 adalah memajukan konsep Universiti Penyelidikan berasaskan keusahawanan dan salah satu daripada inisiatif baru yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Iconic Building sebagai focal point Kampus Johor Bahru.

Dalam usaha menarik generasi baru terutamanya murid-murid sekolah dalam memilih UTM sebagai IPTA idola mereka, saya ingin mencadangkan agar ditubuhkan Kidzania versi UTM sebagai salah satu daripada icon dalam Iconic Building ini.

UTM boleh memperkenalkan dunia pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan pekerjaan-pekerjaan lain yang dilahirkan oleh UTM menerusi dunia Kidzania ini. Jika cadangan ini terjadi, kemungkinan besar Iconic Building akan menjadi tarikan kedua di zon selatan selepas Universal Studio di Singapura.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Kidzania, bolehlah layari salah satu URL seperti berikut: http://www.businessweek.com/magazine/content/11_22/b4230085996598.htm.