LATEST IDEAS

Database Pelanggan/Bakal Pelanggan

Wujudkan satu database pelanggan UTM (termasuk stakeholders) yang mengandungi butiran seperti nama, nombor telefon, emel dan alamat. Hantar SMS, emel dan kad ucapan perayaan, hari lahir, ucapan selamat bagi menghadapi peperiksaan, terima kasih atas sokongan kepada UTM...

Ruang Serbaguna di Dataran F54

Ada dataran kosong di hadapan Bangunan F54 (SPS, RMC, CTL). Dicadangkan supaya diwujudkan ruang serbaguna terbuka di situ yang dilengkapi meja dan kerusi yang selesa (sesuai untuk pelajar pascasiswazah mengulangkaji/menunggu/berehat), kiosk menjual makanan dan minuman...

Menggalakkan Penggunaan Basikal UTM

Basikal UTM yang ada di depan pondok pengawal perlu digalakkan penggunaannya. Emission of pollutants akan berkurangan, healthy living dan badan yang sihat akan mempelopori kehidupan mahasiswa. Dan yang tidak kurang penting adalah kita menggalakkan...

Pusat Cuci Kereta

Kita (UTM) mempunyai ratusan kenderaan ditambah lagi dengan kenderaan staf mahupun pelajar. Kenderaan UTM selalu keluar membawa pelajar mahupun ke 'site' untuk membuat penyelidikan. Banyak kenderaan kita dibasuh di luar. Oleh itu, saya mencadangkan supaya KOOP UTM...

Alatan Lama dan Bil Elektrik

Di UTM, banyak bangunan utama ada meletakkan mesin air tin/air kotak. Kalau diperhatikan kebanyakan mesin ini dah lama, usang dan sekadar boleh berfungsi. Seperti diketahui, alatan elektrik yang usang seperti mesin di atas, peti ais dan sebagainya menggunakan banyak...

Terbitan Penulisan Kreatif

Saya mencadangkan agar Penerbit UTM turut menerbitkan hasil tulisan kreatif staf/mahasiswa UTM seperti novel, antologi puisi, antologi cerpen dan lain-lain. Hasil penulisan boleh dipasarkan di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Dengan cara ini, UTM akan...

Tunjuk Arah UTM dari Mana-Mana Lokasi

Tahniah team yang membangunkan Virtual 360 degree UTM! Cadangan saya untuk mengadakan tunjuk arah ke UTM dari mana-mana lokasi di luar kampus hingga ke dalam kampus (pejabat/fakulti/kolej/kafe dan sebagainya). Ia boleh menggunakan format google maps & navigation....

Cat Bangunan

Saya ingin mencadangkan agar cat bangunan dalam UTM ada identiti UTM. Contohnya, Kolej Datin Seri Endon telah dicat seperti warna UiTM dan Kolej Tun Hussein Onn dicat seperti warna Negeri Perlis.

Pinjaman Pembelian Motosikal

Saya ingin mencadangkan agar pinjaman pembelian motosikal UTM dapat dinaikkan agar peminjam boleh membeli sebuah superbike.

Papan Tanda

Saya ingin mencadangkan agar papan tanda jalan, bangunan, pintu dan sebagainya di UTM dapat diseragamkan supaya UTM ada satu identiti.

Sistem Perjalanan Bas di Kampus UTM

Sistem perjalanan bas dalam UTM boleh dipertingkatkan kecekapannya. Masa tiba di sesuatu perhentian, tempat berhenti dan destinasi yang dituju boleh dicatatkan dalam peta keseluruhan kampus. Maklumat ini boleh dicetak di atas sekeping kertas seperti pamphlet. Maklumat...

Papan Tanda dan Iklan Digital

Papan tanda dan iklan dalam UTM tidak menggambarkan UTM sebagai universiti penyelidikan dan environmentally friendly seperti yang diwar-warkan. Saya cadangkan tukar kepada digital advertising dengan menggunakan kuasa solar.

Wakaf Tanah Perkuburan – Makam Sarjana

UTM perlu mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan "Makam Sarjana" bagi semua warga UTM yang pernah berjasa bagi dimakamkan di UTM jika mereka memilih untuk dimakamkan di sini.

Staf Bukan Akademik Sebagai Penyelidik

Saya mencadangkan supaya staf bukan akademik juga dilatih dan diberi pengetahuan tentang kaedah dan cara untuk menjadi penyelidik. Kelebihan yang boleh diperolehi adalah: 1.    Staf bukan akademik memang terlibat dengan kerja-kerja pentadbiran, pembangunan sistem dan...

Parking

Saya amat bersetuju bahawa parking adalah isu besar di UTM. Jika tidak diselesaikan segera, contoh di sekitar FS, bagaimana jika ada kebakaran. Saya cadangkan hanya pegawai kategori 48 ke atas sahaja ada parking dan yang lain adalah terbuka. Siapa sampai lebih awal...

HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!

click on below button to fill in the idea form

UTM Open Day