Basikal UTM yang ada di depan pondok pengawal perlu digalakkan penggunaannya. Emission of pollutants akan berkurangan, healthy living dan badan yang sihat akan mempelopori kehidupan mahasiswa. Dan yang tidak kurang penting adalah kita menggalakkan green/sustainability.

Pada pandangan saya, basikal itu elok dibiarkan untuk pelajar mahupun pensyarah menggunakannya untuk bergerak dari satu fakulti ke satu fakulti yang lain. Cara penggunaannya adalah apabila tiba di fakulti, sesiapa yang menggunakannya perlu menyerahkan kunci kepada ketua pembantu tadbir bagi tujuan rekod dalam buku. Dan sesiapa yang ingin menggunakannya bolehlah mendapatkan kunci daripada ketua pembantu tadbir jika basikal masih berada di fakulti tersebut. Tempat parkir basikal, saya nampak masih kedapatan di fakulti-fakulti tetapi hanya basikal yang tiada. Di FGHT, memang ada tempat meletakkan basikal berhampiran Makmal UKK. Secara tidak langsung, basikal tidaklah akan buruk dan rosak kerana tidak digunakan tetapi pelaburan untuk basikal sudah pasti akan memulangkan hasil kepada warga kampus.