Kita (UTM) mempunyai ratusan kenderaan ditambah lagi dengan kenderaan staf mahupun pelajar. Kenderaan UTM selalu keluar membawa pelajar mahupun ke ‘site’ untuk membuat penyelidikan. Banyak kenderaan kita dibasuh di luar.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya KOOP UTM membuka satu ‘petrol station berjenama PETRONAS’ dalam kampus bagi kemudahan staf dan pelajar, di samping menjana keuntungan kepada KOOP UTM. Bersebelahan pula kita buka ‘car wash’ dengan harga yang berpatutan supaya semua orang mampu untuk menggunakannya. ‘Car wash’ boleh yang berbentuk ‘self-help’ atau yang dicucikan oleh pekerja.