Tahniah team yang membangunkan Virtual 360 degree UTM! Cadangan saya untuk mengadakan tunjuk arah ke UTM dari mana-mana lokasi di luar kampus hingga ke dalam kampus (pejabat/fakulti/kolej/kafe dan sebagainya). Ia boleh menggunakan format google maps & navigation. Ini boleh dimasukkan dalam website UTM untuk kemudahan akses mendapatkan maklumat arah. Contohnya, pelawat ingin mengetahui bagaimana arah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai ke Fakulti Kej. Kimia. Dengan satu klik, tunjuk arah selesaikan masalah. Ia amat membantu.