Sistem perjalanan bas dalam UTM boleh dipertingkatkan kecekapannya. Masa tiba di sesuatu perhentian, tempat berhenti dan destinasi yang dituju boleh dicatatkan dalam peta keseluruhan kampus. Maklumat ini boleh dicetak di atas sekeping kertas seperti pamphlet. Maklumat ini perlu diselaraskan dengan perkhidmatan bas tempatan yang memasuki UTM ke Johor Bahru. Maksudnya, persilangan aliran bas boleh ditentukan dan rangkumannya akan lebih meluas.