LATEST IDEAS

Emel Peringatan untuk Pemulangan Buku

Salam, Saya ingin mencadangkan PSZ menghantar emel peringatan secara automatik kepada peminjam buku untuk memperbaharui pinjaman atau memulangkan buku apabila tempoh pinjaman hampir tamat (contohnya tinggal 3 hari). Ini dapat mengelakkan peminjam terlupa dan terpaksa...

Kekalkan Akaun Emel Spesifik untuk Pembantu Khas

Salam sejahtera. Saya ingin mencadangkan supaya pihak CICT mengaktifkan semula akaun emel spesifik untuk pembantu-pembantu khas kepada Dekan/Pengarah/Ketua Bahagian dengan nama-nama seperti berikut atau bersesuaian: PA NC - panc PA TNCPI - patncpi PA TNCA - patnca PA...

Penggantian Peronda Berbasikal kepada Peronda Bermotor (Produk UTM)

Salam semua. Saya ingin mencadangkan supaya Unit Berbasikal, pasukan keselamatan menggantikan basikal dengan kenderaan bermotor yang mesra alam. Kita mempunyai jurutera-jurutera yang hebat dan pensyarah-pensyarah yang menjalankan penyelidikan yang telah diiktiraf di...

Kolam Renang UTM

Saya mencadangkan supaya diadakan skim diskaun yuran masuk bagi pengguna setia kolam renang UTM. Contohnya: bagi penggunaan kolam renang sebanyak 3 kali, dapat satu penggunaan percuma.

Kabel LAN di Setiap Kolej Kediaman

Akses kepada Internet amat diperlukan oleh seorang pelajar. Sebagai pelajar UTM, kami telah membayar yuran (termasuk yuran komputer) dan saya merasakan bahawa kemudahan Internet amat diperlukan di setiap kolej kediaman. Ini kerana kami perlu menyiapkan tugasan yang...

Kad Matrik UTM

Pelajar UTM jarang memakai kad matrik. Mereka hanya pakai atau membawanya jika pergi ke library ataupun ketika ingin keluar dari UTM, iaitu untuk imbas kad oleh pegawai keselamatan. Untuk menggalakkan penggunaan kad matrik UTM, jadikan ia seperti sistem touch n go dan...

Pindah Lokasi Bank dan Pejabat Pos

Saya mencadangkan agar CIMB Bank dan Pejabat Pos di Bangunan SUB dipindahkan ke lokasi lain. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan masalah parking di kawasan sekitarnya.

Ruang Berniaga

Saya mencadangkan agar ruang berniaga (bagi orang luar) di dalam kampus dapat dikhususkan hanya di parking FAB atau tepi Tasik UTM, tidak seperti sekarang di sebelah Masjid UTM dan Dataran Agora kecuali semasa konvokesyen sahaja. Etika pakaian peniaga perlu diambil...

Kebersihan Tandas

Saya mencadangkan agar kebersihan tandas di Tasik Tropika dapat dipertingkatkan lagi.

Pasukan Bomba Sukarela

Saya mencadangkan agar pihak UTM menubuhkan pasukan BOMBA sukarela. Sebelum apa-apa terjadi di dalam kampus, wajar kita warga UTM bersedia.

Gotong Royong Perdana

Saya mencadangkan agar Gotong Royong Perdana dilaksanakan di UTM. Tahap kebersihan dan keceriaan kampus akan dapat dipertingkatkan lagi melalui program ini. Ia boleh melibatkan semua warga kampus, pasti kampus kita bersih selepas ini.

Staf Mendapat PhD dalam Tempoh Cuti Belajar

Saya mencadangkan agar staf Universiti yang mendapat PhD dalam tempoh Cuti Belajar yang diluluskan diberi sijil semasa Perhimpunan Bulanan bersama Dato' Naib Canselor.

Namakan Pintu Gerbang UTM

Saya cadangkan diberi nama bagi semua pintu masuk ke UTM dengan nama para sarjana Melayu yang semakin dilupakan seperti Pendita Zaaba, Munshi Abdullah dan Tun Sri Lanang. Selain itu, dituliskan sejarah ringkas di hadapan pintu tersebut.

Online Participation for Live Streams

Good day Team, Thanks for the approving of my idea (live streaming of Guest Lectures & Seminars). In order to optimise this idea, it is imperative that we appreciate the fact that the whole world has now become our audience since they all from all over the world...

Menceriakan Kawasan SUB

Saya ingin mencadangkan agar dibina gazebo atau pancuran air di hadapan Bank CIMB dalam kawasan SUB bagi menceriakan lagi suasana yang suram. Boleh juga dibuat laluan pejalan kaki refleksologi di kawasan yang sama. Pada masa sekarang, kawasan tersebut seakan terbiar...

HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!

click on below button to fill in the idea form

UTM Open Day