Akses kepada Internet amat diperlukan oleh seorang pelajar. Sebagai pelajar UTM, kami telah membayar yuran (termasuk yuran komputer) dan saya merasakan bahawa kemudahan Internet amat diperlukan di setiap kolej kediaman. Ini kerana kami perlu menyiapkan tugasan yang mungkin mengambil masa hingga ke lewat malam. Walaupun terdapat wifi di setiap kafe kolej, namun agak bahaya untuk berada di sana sehingga larut malam. Pemasangan kabel LAN di setiap kolej kediaman dapat membantu pelajar mencari maklumat dengan cepat dan menyiapkan tugasan dengan mudah.