Salam sejahtera.

Saya ingin mencadangkan supaya pihak CICT mengaktifkan semula akaun emel spesifik untuk pembantu-pembantu khas kepada Dekan/Pengarah/Ketua Bahagian dengan nama-nama seperti berikut atau bersesuaian:

PA NC – panc
PA TNCPI – patncpi
PA TNCA – patnca
PA TNCP – patncp
PA Pendaftar – papendaftar
PA Bendahari – pab
PA Ketua Pustakawan – pakp
PA Pengarah CICT – papcict dan kalau
PA Dekan FAB – padfab
PA Pengarah ICC – papicc dan sebagainya

Tujuannya supaya semua emel kepada pembantu khas dihantar ke satu akaun spesifik. Jika diemelkan kepada nama orang perseorangan, setelah seseorang pembantu khas berpindah ke tempat lain, emelnya akan mengikut penama tersebut dan tidak sesuai untuk beliau menerima emel yang melibatkan pejabat lama atau pejabat yang telah ditinggalkan.

Akaun emel spesifik ini perlu dikekalkan supaya pembantu-pembantu khas dapat menerima dan menyebar/mewar-warkan maklumat penting dengan segera serta membantu melicinkan pengurusan pejabat dengan lebih efisyen lagi dan mengurangkan penggunaan kertas dan telefon.

Terima kasih.