Pelajar UTM jarang memakai kad matrik. Mereka hanya pakai atau membawanya jika pergi ke library ataupun ketika ingin keluar dari UTM, iaitu untuk imbas kad oleh pegawai keselamatan. Untuk menggalakkan penggunaan kad matrik UTM, jadikan ia seperti sistem touch n go dan debit card. Kita dapat menggunakan kad matrik untuk membayar makanan di kafe, membeli buku, masuk ke kolam renang UTM, membeli cenderahati di kedai universiti dan lain-lain lagi. Ia memudahkan pelajar dan pelajar tidak perlu membawa wang yang banyak.