Tandas merupakan suatu keperluan yang sangat penting. Semua orang akan ke tandas sekurang-kurangnya sekali sehari. Tandas di blok B08 & C02 – C06 amat daif & uzur kerana bangunan lama. Ia amat memalukan sekiranya ada pelawat luar datang. Saya ingin mencadangkan supaya kita membuka tabung duit ‘interest’ bank atau ‘interest’ KWSP yang ingin didermakan bagi tujuan pembaikian tandas ini. Ia wajar dilancarkan ke seluruh negara supaya hasil pungutan kita akan banyak & boleh membantu pembaikian tandas-tandas di blok lain juga. Terima kasih.