Saya mencadangkan supaya Kaunter ‘Lost & Found’ diadakan di lokasi yang sesuai di luar Dewan Sultan Iskandar (DSI) setiap kali selesai sesi konvokesyen. Ini disebabkan seringkali pelajar mahupun staf akademik kembali semula ke DSI untuk mencari barang mereka yang tertinggal/hilang, setelah selesai sesi konvokesyen. Kaunter ‘Lost & Found’ diwujudkan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan apabila berlaku kehilangan dan juga memudahkan petugas/staf untuk menyalurkan barangan yang ditinggalkan ke ‘one-stop counter’.