LATEST IDEAS

Penamaan Jalan

Terdapat banyak jalan dalam UTM yang masih belum ada nama, terutamanya di kawasan kolej-kolej baru. Saya mencadangkan supaya jalan-jalan ini dinamakan sempena mereka yang telah banyak menabur jasa kepada UTM seperti Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, bekas-bekas Naib...

Laluan Pejalan Kaki

Kini UTM telah mempunyai ramai pelajar antarabangsa. Ada di kalangan mereka suka berjalan kaki ke Taman Universiti. Cadangan saya supaya UTM memohon kepada MPJBT untuk menyediakan laluan pejalan kaki di kawasan luar UTM menuju ke Taman Universiti. Sementara itu, bagi...

Parkir di UTM KL

Sepanjang 15 tahun saya di UTM KL, kekurangan ruang parkir staf, pelawat dan pelajar sering menjadi isu/rungutan di kampus ini. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak pentadbiran UTM memperbanyakkan parkir di kampus UTM KL bagi memenuhi keperluan parkir pelbagai...

Mercu Tanda Kecemerlangan UTM

Salam, Saya ingin mencadangkan pembinaan sebuah Mercu Tanda Kecemerlangan bagi UTM. Ianya membolehkan para graduan konvokesyen atau pelawat mengabadikan kenangan mereka ketika berada di UTM.  

TEDxUTM

Di bawah slogan 'Ideas worth spreading', Technology, Entertainment, Design (TED) mengorak langkah baru memberi medium kepada innovator-innovator and pencipta-pencipta untuk berkongsi idea-idea mereka dengan masyarakat global. TED bertepatan dengan UTM yang ingin...

24-hour Room

Since the globalization of UTM has been championed by our administration, the usage of PSZ has risen tremendously. Also the new webometric ranking shows that PSZ UTM once again becomes the top repository among Malaysian universities. Congratulations! It is implausible...

Kafe Pelajar dan Staf di FKK dan FPREE

Saya mencadangkan supaya kafe di Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui (FPREE) dinaiktaraf menjadi kafe tertutup yang dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan staf dan pelajar kedua-dua...

Peta Kampus UTM JB

Saya mencadangkan agar dibuat peta kampus UTM JB dalam bentuk poket (yang boleh dilipat) untuk diberikan kepada pelawat serta mahasiswa UTM (tempatan dan antarabangsa). Peta ini boleh diletakkan di UTMFaces, pos Bahagian Keselamatan UTM dan pusat maklumat mahasiswa....

UTM School

Saya mencadangkan supaya Universiti mewujudkan UTM School/College. UTM telah mendapat status autonomi. Maka, tiba masanya kita mengorak langkah untuk menjana pendapatan sendiri. UTM melalui UTM School dapat menampung pembelajaran anak-anak pelajar antarabangsa yang...

Papan Tanda Arah Elektronik

Pada pemerhatian saya, banyak program dalaman dan luar yang diadakan di UTM setiap hari. Saya ingin mencadangkan agar papan tanda arah elektronik digunakan untuk memaparkan maklumat mengenai program-program yang sedang berlangsung di UTM. Papan tanda arah manual yang...

Guna Pakai Tram

Saya cadangkan supaya disediakan tram berkuasa elektrik untuk setiap hentian di dalam kawasan pusat akademik untuk memudahkan pergerakan pelajar/staf di dalam lingkaran akademik, khususnya pada waktu puncak, di samping mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang...

UTM Hall of Fame

Majlis Citra Karisma 2013 baru sahaja selesai pada 4/7/2013. Secara keseluruhannya, terdapat individu/kumpulan/PTJ yang berjaya memenangi anugerah buat kali yang ke-2 berturut-turut. Terdapat juga pemenang yang telah memenangi anugerah lebih daripada 3 kali. Saya...

Apps Mel UTM

Salam, Saya ingin mencadangkan supaya pihak UTM (Unit IT) merekacipta/mewujudkan perisian (Apps) Mel UTM bagi IOS dan Android. Ini adalah kerana kebanyakan staf UTM sudah menggunakan Smart Phone dan Tablet. Tujuan Apps ini dibangunkan supaya pengguna dapat membuka Mel...

Mengabadikan Nama Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid

Saya mencadangkan agar nama Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid diabadikan dengan menamakan salah satu bangunan dalam kampus menggunakan nama beliau, bagi menghargai jasa besar beliau sebagai pengasas UTM dan pejuang bangsa.

Pengiktirafan kepada Penyumbang Bank Idea UTM

Saya mencadangkan supaya penyumbang kepada Bank Idea UTM diberikan pengiktirafan bagi idea yang dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi. Walaupun sesuatu idea tidak diterima sebagai pilihan utama, namun ianya boleh dipertimbangkan juga jika dapat memperbaiki atau...

HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!

click on below button to fill in the idea form

UTM Open Day