Majlis Citra Karisma 2013 baru sahaja selesai pada 4/7/2013. Secara keseluruhannya, terdapat individu/kumpulan/PTJ yang berjaya memenangi anugerah buat kali yang ke-2 berturut-turut. Terdapat juga pemenang yang telah memenangi anugerah lebih daripada 3 kali.

Saya mencadangkan agar bagi mereka-mereka (individu/kumpulan/PTJ) yang telah memenangi anugerah lebih daripada 2 atau 3 kali, UTM boleh mengiktiraf mereka untuk dimasukkan ke dalam kategori UTM HALL OF FAME. Ini adalah pengiktirafan yang paling berprestij yang UTM boleh berikan kepada mereka yang konsisten dalam menyumbang ke arah melonjakkan nama UTM di persada negara mahupun antarabangsa.

Di samping itu, ini menunjukkan sikap keterbukaan UTM untuk memberi peluang kepada individu/kumpulan/PTJ yang lain untuk memberikan mutu hasil (mengikut kategori) yang maksimum dan juga memberi peluang kepada mereka-mereka untuk memenangi anugerah bagi kategori yang dipertandingkan.