Pada pemerhatian saya, banyak program dalaman dan luar yang diadakan di UTM setiap hari. Saya ingin mencadangkan agar papan tanda arah elektronik digunakan untuk memaparkan maklumat mengenai program-program yang sedang berlangsung di UTM. Papan tanda arah manual yang sedia ada tidak mengandungi maklumat yang lengkap.

Sekiranya papan tanda arah elektronik ini berjaya diwujudkan, pelbagai manfaat dapat diperoleh, antaranya, penjimatan masa, tenaga dan bahan. Di samping itu, papan tanda ini boleh dijadikan sebagai lambang teknologi terkini di UTM. Kawasan kampus juga akan lebih kemas dan menarik di mata pengunjung.