Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga UTM JB.

Sejak kehadiran ribuan pelajar antarabangsa khususnya mereka yang mampu memilki motokar/motosikal, saya dapati pengguna jalanraya di UTM dan sekitarnya semakin terdedah kepada risiko kemalangan jalanraya.
Saya sendiri kerap menghadapi keadaan demikian. Contohnya, apabila berada di simpang empat berhampiran pejabat pengawal UTM, mereka tidak menghiraukan papan tanda berhenti, seolah-olah itu laluan terus untuk mereka. Begitu juga ketika di bulatan skrin baru kita. Mereka langsung tidak mengikuti peraturan jalan bulatan. Laluan-laluan sehala lagilah mereka tidak endahkan, menentang arus sesuka mereka.
Di sini saya mencadangkan agar pihak UTM khususnya HEMA menganjurkan KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH kepada pelajar antarabangsa semasa minggu pendaftaran/orientasi bagi memberitahu mereka adab-adab dan peraturan lalulintas di tempat kita. Program ini boleh diselitkan semasa Minggu Haluan Siswa-siswi tersebut. Kita mempunyai tenaga pakar untuk menjadi penceramah bagi tajuk ini.