Ekspress lane:
1. Lorong khas staf
2. Print A4 tampal dicermin
3. Taip no pekerja, status kesihatan, suhu pagi (self scan dirumah).
4. Terus jalan tak perlu scan pengawal.
Ekspress lane:
1. Lorong khas staf
2. Print A4 tampal dicermin
3. Taip no pekerja, status kesihatan, suhu pagi (self scan dirumah).
4. Terus jalan tak perlu scan pengawal.
Pihak Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar mengucapkan terima kasih di atas cadangan tersebut.Bagaimanapun berikut adalah maklum balas kami:
Express lane:
1. Lorong khas staf : Telah dibuat sejak awal PKP (22/Mac/2020) sebagaimana yang terpapar di papan tunjuk arah BK di Pintu Utama khasnya ketika masuk/keluar masuk Kampus UTM JB.Kaedah ini sama seperti exress lane tetapi kurang mendapat kerjasama staf pelajar kerana mereka tidak mematuhi sistem lane pelajar/staf/pelawat.Reka bentuk jalan masuk kampus sedia ada di setiap pintu juga menyukarkan untuk pihak kami membuat perancangan aliran masuk khasnya untuk laluan motosikal.Oleh itu kaedah express lane mungkin boleh dipertimbangkan di masa depan oleh pihak JHB.
2. Print A4 tampal dicermin : Tampalan A4 bagi ekspress lane di cermin kenderaan mungkin sesuai untuk kenderaan beroda 4/lebih tetapi tidak sesuai dengan staf yang menggunakan kenderaan dua roda.
3. Taip nombor pekerja, status kesihatan, suhu pagi (self scan dirumah): Kaedah ini tidak praktikal buat masa ini dan boleh menimbulkan isu manupulasi ketulenan (genuine) khasnya berkaitan ukuran suhu badan staf dan tidak semua staf mempunyai alat pengukur suhu di rumah/sendiri kerana normal baharu ini tidak dapat dipastikan untuk diamalkan dengan baik oleh semua warga UTM (staf /pelajar).
4. Terus jalan tak perlu scan pengawal: kami amat suka jika perkara ini tidak dilakukan di pintu masuk kampus.Bagaimanapun,pemeriksaan suhu badan (dan lain-lain dokumen yang diarahkan dari masa ke masa) adalah wajib dan suatu amalan normal baharu di setiap pintu masuk kampus (dan lain-lain premis di luar kampus) dengan tujuan murni iaitu tapisan awal bagi mengesan suhu badan yang sihat sahaja yang dibenarkan masuk (>36.0 dan <37.5DC).Ini adalah kerana suhu badan adalah gejala pertama yang dapat dikesan dalam mengawal pandemik Covid 19 dalam tempoh PKPP ini (oleh pihak kami).
Sekian,maklum balas daripada kami untuk makluman pihak tuan/puan dan terima kasih sekali lagi atas kesudian tuan/puan memberi cadangan /idea di atas.