Dengan peningkatan kes Covid 19 mohon pihak UTM dapat memberi kelonggaran kepada penjaga anak yang mendapat perintah home surveillance (pemantauan di rumah). Saya ibu kepada anak yang mendapat tempoh kuarantin bertanggungjawab untuk menjaga anak selama tempoh tersebut sehingga betul-betul mendapat pelepasan untuk kembali bersekolah. Jadi selama tempoh itu juga ibu bercuti.Tempoh yang agak lama untuk bercuti terpaksa di ambil, selain kerja pejabat juga di lakukan dari rumah. Mohon pihak UTM dapat memberi pelepasan cuti tanpa rekod.