Saya ingin memberi cadangan kepada pihak kolej perdana untuk membuka / memberi sewaan kiosk atau gerai makanan yang terdekat di blok kolej perdana terutama di blok U5 / U7. Hal ini kerana Arked Lestari, Kafe Pak Lah & Sino agak jauh dan kami pelajar yang tiada kenderaan terpaksa berjalan kaki menuruni jalan raya berbukit & tangga tepi semak untuk makan. Bagi siswi pulak agak berbahaya berjalan ke cafe untuk membeli makanan terutama ketika lampu jalan rosak. Kalau hujan, berikat perut nak makan sebab kafe jauh. Alangkah bagusnya jika ada gerai makanan yang paling dekat di blok kami. Terima kasih untuk perhatian.