Memandangkan UTM mempunyai RM45 million sumber kewangan (melalui talk NC tempoh hari), saya ingin memohon jasa baik UTM untuk memperuntukkan sedikit kewangan (kemungkinan tidak lebih RM20k per projek) untuk diberikan kepada Staf Bukan Akademik (contoh Research Officer ataupun skim lain) bagi menjalankan penyelidikan. Memandangkan RO UTM tidak boleh memohon geran penyelidikan luar cth FRGS etc, dengan adanya geran seperti ini dapat membantu pihak RO untuk menjalankan projek kecil dan menggunakan ‘expertise’ mereka lebih-lebih lagi bagi staf yang mempunyai PhD. Adalah satu pembaziran bagi staf yang mempunyai PhD tidak dapat menggunakan expertise mereka dengan optimum. Projek ini juga perlu melibatkan pihak akademik sebagai ‘team member’, maka segala penerbitan, penulisan, produk yang di hasilkan akan memberi markah kepada MyRA, HiCOE etc. Sekian, terima kasih.