Idea bank,

Semenjak bertugas di Bahagian Pengurusan Akademik, ramai pelajar/staf/pelanggan yang tertinggal pelbagai barangan seperti cermin mata/kad matrik/kad pengenalan/kunci/passport dan sebagainya. Saya percaya isu ini juga berlaku di PTJ lain terutamanya yang mempunyai urusan harian di kaunter seperti kami.

Cadangan saya ialah supaya diwujudkan pusat LOST & FOUND @ UTM. Pejabat Pengawal Keselamatan adalah lokasi yang paling sesuai dilantik untuk memegang tugas/amanah ini. Barangan yang tertinggal di mana-mana PTJ dalam UTM boleh dihantar ke pusat tersebut dan ini memudahkan orang yang kehilangan barangan berharga untuk mendapatkan kembali hak mereka.

Sekian idea saya. Terima kasih.