Saya ingin mencadangkan agar UTM dapat memperkasa dan menambahbaik sistem lalulintas di seluruh kampus.
UTM merupakan sebuah institusi pendidikan yg berteraskan teknologi, justeru pelbagai teknologi telah dilahirkan di sini termasuk teknologi frasarana iaitu jalanraya dan lalulintas.

Cadangan saya :

1) Menambahbaik sistem lalulintas seperti menambah tulisan pada jalanraya spt nama UTM dan arah atau arrow terus utk laluan dari Taman Universiti memasuki kawasan universiti.
Tulisan fakulti/zon pentadbiran/kolej/ etc ditulis pada jalan bagi memudahkan para pelawat yg datang. Pihak UTM boleh membuat benchmarking dgn Singapura utk tujuan ini.

2) Menambah papan tanda dan membaiki papan tanda yg telah rosak. Terdapat keperluan papan tanda ditambah dan satu kajian lapangan perlu dibuat.

3) Menyelaraskan semua bonggol di UTM supaya ia ergonomik kpd pemandu dan tidak terlalu tajam.

4) Mengecat semula tanda jalan yg telah lama pudar.

5) Mewujudkan semula trek basikal dan warna yg khas serta menarik perlu dipilih utk tujuan itu.

6) Menjadikan UTM sebagai sebuah universiti contoh utk sistem jalanraya dan lalulintas yg baik kepada negeri Johor amnya dan Malaysia khasnya.

7) Frasarana universiti merupakan salah satu kriteria penilaian untuk world ranking university dan diharapkan dengan usaha ini, ia dpt menaikkan lagi nama universiti, menjadi universiti contoh di Malaysia sbg universiti terbaik dari sudut sistem lalulintas dan jalanraya.