Sepatutnya kenderaan luar tidak boleh masuk sembarangan ke kampus tanpa sebarang urusan yang berkaitan dengan UTM. Sebagai contoh setiap pagi kenderaan luar akan mengambil kesempatan masuk ke UTM sebagai laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan di luar UTM. Perkara ini menyebabkan kesesakan berlaku di kampus. Selain itu, cara pemanduan yang kadang kala kurang sopan dan tidak menghormati kampus sebagai kawasan berilmu boleh menyebabkan kemalangan.

Cadangan saya untuk mengatasinya ialah:
1) Setiap staf memang diwajibkan untuk memiliki kad matrik. Kad tersebut boleh dimanfaatkan dalam perkara ini di mana, cip di kad matrik boleh digunakan sebagai access pass ke UTM. Staf perlu bawa/pakai kad matrik untuk masuk ke UTM (Sepatutnya ia diamalkan). Selagi terdapat kad matrik dalam kenderaan, sistem membenarkan. Tapi sekiranya tiada kad matrik dalam kenderaan, sistem akan detect no.plat (mungkin 1 tiang seperti AES dipasang 100 meter dari pintu keluar UTM) sebaik sahaja ia melalui tiang tersebut. Sistem terus beri notification di pihak pengawal keselamtan yang sedang bertugas di pintu keluar bahawa kenderaan ini tidak mempunyai pass untuk masuk ke UTM. Sebelum kenderaan menghala keluar, pengawal keselamtan terus boleh beri arahan agar kenderaan berhenti ke tepi agar tidak mengganggu trafik.
Sistem ini mungkin boleh diaktifkan pada waktu pagi dan semasa tiada event besar seperti Konvo dsb.

2) Penggunaan sticker kenderaan UTM boleh diperketatkan semula. Disyaratkan dilekatkan di kawasan yang ditetapkan agar ia mudah dilihat oleh pihak keselamatan.

Walaupun UTM ingin melaksanakan konsep terbuka kepada pihak luar, namun perlu ada sedikit privasi untuk sesuatu keadaan di mana ia dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan UTM.