Mohon pertimbangkan supaya Pejabat Bendahari UTM (PBUTM) mempunyai GENERATOR SENDIRI sebagai back-up apabila bekalan elektrik terputus. Umum sedia maklum bahawa PBUTM merupakan pejabat yang memproses transaksi kewangan seluruh Universiti, termasuk transaksi penerimaan wang/hasil, pembayaran kepada pembekal/pihak luar & dalam, penerimaan bayaran yuran pelajar, pelaporan kewangan kepada pelbagai pihak termasuk KPM (Pengajian Tinggi), Pengurusan Tertinggi UTM & pihak2 lain.
Sistem Kewangan di dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting kepada organisasi tersebut.
Kebelakangan ini terlalu kerap berlaku ‘black-out’ yang menyebabkan operasi di PBUTM tergendala yg seterusnya memberi impak kepada penanggguhan kepada proses bayaran & penerimaan.
Jika ada Generator sendiri, proses kewangan Universiti kurang mendapat gangguan & seterusnya memberi impak yg baik kepada data kewangan & pelaporan kepada pihak2 yg dinyatakan di atas.