Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera / Good Day,
Salam UTM sanjungan bangsa

Warga UTM yang dihormati,

Dalam bulan Ogos ini kita merayakan Hari Raya Aidil Adha dan Hari Kebangsaan. Pihak perpustakaan juga menganjurkan pameran sempena hari kebangsaan dengan tema “Kenangan Mengusik Jiwa: Sayangi Malaysiaku” . Ia merupakan suatu usaha yang baik untuk semua warga UTM yang terdiri dari staf dan pelajar. Pelajar UTM terdiri dari pelbagai bangsa terutama pelajar antarabangsa dapat memahami erti kemerdekaan dan integrasi kaum di Malaysia.

Amalan patriotisma yang sering di laksanakan semasa bulan kemerdekaan ini adalah dengan mengibarkan bendera Malaysia dalam kampus UTM di jalanraya, bangunan dan kenderaan. Saya ingin menyatakan amalan patriotisma ini juga menyebabkan banyak berdera Malaysia di tinggalkan di tiang-tiang bendera sampai mereput dan tiada sesiapa yang peduli. Ini adalah kesilapan besar kerana bendera Malaysia perlu di hormati sebagai lambang kebesaran dan kehormatan Negara. Pelajar antarabangsa yang mengetahui mengenai kepentingan bendera di negara mereka akan pelik jika bendera Malaysia kita di biar mereput di tiang bendera.

Sebenarnya ada etika dalam istiadat menaikan dan menurunkan bendera Malaysia yang perlu di patuhi sebagaimana dalam pekeliling kiementerian yang ramai tidak patuhi. Susunan bendera di tiang bendera juga harus dipatuhi.

Setiap PTJ harus mengibarkan dan menurunkan bendera setiap hari dan bukannya di biarkan tergantung di tiang sampai bila-bila hingga tak perasan bendera yang di kibarkan telah mereput.

Untuk mengatasi perkara ini saya cadangkan setiap PTJ, fakulti dan sekolah yang mempunyai tiang bendera melantik staf atau pelajar terlatih untuk melaksanakan istiadat menaikan dan menurunkan bendera ini. Pihak keselamatan UTM juga boleh memainkan peranan ini. Staf dan pelajar HEP dari unit beruniform universiti juga boleh membantu setiap PTJ. Semuga amalan ini menjadi petunjuk amalan patriotism di UTM ini dan menjadi peristiwa seperti “change of guards” di negara lain. Penglibatan pelajar juga boleh di kreditkan dan usaha ini dapat memberi pengalaman bagi pelajar yang akan bertugas di luar UTM.