Universiti adalah tempat yang dianggap acuan kepada penuntutnya membina masa depan, bukan hanya pada segi akademik, malah dari segi sosial, etika dan softskill.
Peraturan etika berpakaian yang dilaksanakan, kadangkala tampak longgar untuk dikuatkuasakan. Contoh seperti pelajar yang berselipar untuk berurusan dimana2 pejabat Universiti, Perpustakaan, malah didalam bilik2 lecture adalah amat mendukacitakan. Beginikah pelapis yang bakal mentadbir negara pada suatu masa nanti?

Oleh itu, sebagai langkah serampang dua mata, pihak Universiti boleh melaksanakan dendaan bersifat pengajaran kepada penuntut yang memakai selipar semasa berurusan rasmi. Contohnya, perpustakaan boleh menyediakan “kasut sewaan” yang mana penuntut yang datang boleh membayar kadar sewa yang berpatutan untuk memasuki kawasan perpustakaan. Dengan cara yang sama, sewaan2 sebegini secara kecil kecilan boleh menyumbangkan dana kepada Perpustakaan dan Universiti secara amnya.