Saya mencadangkan supaya di tepi jalan Senai berhampiran stadium UTM yang baru, diletakkan word board yang besar untuk memperkasakan lagi jenama UTM seperti yang dilakukan oleh USIM di mana perkataan Universiti Sains Islam Malaysia jelas terpampang di tepi lebuh raya. Kita boleh melakukan yang sama kerana sekarang ini ramai yang beranggapan stadium tersebut adalah kepunyaan MPJBT kerana di tengah jalan besar Senai itu ada tugu dan signboard menyatakan selamat datang ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Ramai orang dari luar Skudai yang sudah keliru tentang kedudukan stadium itu jadi kita perlu lakukan sesuatu.