Dicadangkan agar segala hasil rekacipta dan penyelidikan UTM dikomersialkan atau dibisneskan bagi menjana sumber pendapatan UTM andai tidak bercanggah dengan AUKU atau perlembagaan universiti.
Dengan status terbaru autonomi penuh, mungkin ada ruang untuk UTM berbuat demikian. Rasa amat rugi kiranya pelbagai ciptaan dan hasil penyelidikan UTM sekadar menang anugerah tetapi tidak dapat generate income untuk kewangan UTM. Mungkin ada mekanisme tertentu untuk merealisasikannya. Ianya selari juga dengan tagline terkini UTM iaitu innovative, entrepreneurial, global.