Saya mencadangkan supaya papan tanda berhenti (stop) di simpang-simpang jalan di UTM ditulis dengan perkataan ‘STOP’. Dengan berbuat demikian, pengguna jalan raya terutamanya mahasiswa luar negara dapat lebih memahaminya. Sering kali terjadinya kemalangan di simpang-simpang jalan berpunca daripada sikap mereka yang tidak mahu berhenti dan tidak melihat papan tanda tersebut. Dicadangkan juga mahasiswa luar negara yang berkenderaan diberi kursus dahulu sebelum mendapat kebenaran menggunakan kenderaan di kampus.

UTM Open Day