Artikel The Star pada 1 dan 2 Okt 2010 berkaitan pengurusan dan pelupusan sisa
Fakta:
1. 70% sisa buangan dapur boleh diguna semula.
2. Malaysia tidak boleh lagi bergantung pelupusan sisa pepejal secara landfill. UTM perlu memulakan inisiatif ‘kecil’ pengurusan sisa, melalui program Kampus Lestari (Sustainability).
Cadangan:
1. UTM perlu memulakan usaha ‘composting’ dari sisa buangan dapur dari arked/gerai di UTM. Stesyen-stesyen mini (composting bin) perlu dibuat berhampiran dengan arked, dan pengusaha arked diminta untuk menguruskannya. Latihan pengurusan perlu diberi. Sementara, kontraktor landskap diminta untuk menggunakannya sebagai baja. PHB pun jimat kos dan pastinya landskap semakin menghijau. Cadang agar ‘compost bin’ ini ditaja oleh syarikat-syarikat yang membuat baja compost.