Assalamualaikum,
Ketika ini hangat diperkatakan tentang endowment sebagai antara sumber yang dapat membantu kewangan universiti. Selain dari endowment saya ingin mencadangkan agar pihak UTM dapat memanafaatkan semua tanah kosong milik UTM yang masih belum diusahakan dengan menanam tanaman yang boleh memberikan pulangan hasil yang lumayan. Contohnya tanaman sawit, gerharu,herba dan lain-lainnya. Tanaman-tanaman ini bukan sahaja untuk pendapatan bahkan boleh juga digunakan untuk penyelidikan dan tempat lawatan tetamu-tetamu UTM. Untuk gerharu, kalau tak silap CEPP telahpun membuat kajian untuk mengeluarkan minyak dari pokok gerharu dengan cara yang lebih cekap. Rasanya telah tiba masanya kita gunakan kemudahan dan kepakaran yang kita ada untuk manafaat UTM sendiri. Mereka yang terlibat seharusnya diberikan insentif (baru bersemangat buat kerja).