Salam,

Saya ingin mencadangkan supaya semua kursus dalaman anjuran UTM seperti HCD, CTL, CICT atau unit-unit lain supaya merekod kedatangan peserta melalui sistem maklumat sepadu dalam UTMonline seperti yang digunakan semasa Perhimpunan Bulanan bersama NC. Ini kerana setiap unit/fakulti perlu membuat analisis kehadiran staf untuk latihan terutamanya untuk memenuhi keperluan 7 hari setahun. Dengan adanya praktis sebegini, semua PTJ mudah untuk akses rekod kehadiran latihan staf .

Terima kasih.