From : Nasrul Hisyam
Email :

Setiap akhir semester, saya pasti ramai pelajar tahun akhir, sarjana dan PhD akan hantar tesis untuk jilid (Hardbound). Saya nak cadangkan di UTM ini ada servis menjilid tesis sendiri, selain menjana pendapatan UTM, saya berpendapat memudahkan juga para pelajar untuk menjilid tesi mereka. Kenapa dibazirkan wang keluar sedangkan UTM sendiri mampu ada pusat menjilid sendiri. Boleh juga adakan “job creation” untuk pelajar bila tiba akhir semester. Wallahualam.