Dewasa ini saya lihat harga rumah termasuklah rumah jenis teres 1 tingkat di sekitar kawasan Skudai ini sudah memasuki tahap ‘tidak masuk akal’. Sebagai staf sokongan yang amat terhad kemampuannya untuk memiliki rumah saya ingin mencadangkan supaya kepakaran yang ada di Jabatan Ukur Bahan, Jabatan Senibina Fakulti Alam Bina digunakan sepenuhnya bagi mereka bentuk model rumah teres mampu milik yang berharga RM 100,000.00 kebawah dan kemudian dihantar ke Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) bagi perhatian pihak berwajib. Model berkenaan juga boleh dikomersilkan di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ataupun mana-mana pemaju perumahan swasta yang sudi membeli hakcipta model berkenaan. model