Saya mencadangkan agar UTM mengadakan satu Program berbentuk ilmu dalam skala yang lebih luas seperti penganjuran “Festival Ilmu” yang melibatkan kerjasama antara semua jabatan dan fakulti di UTM secara menyeluruh.
Antara pengisian program adalah seperti Program K-Sharing, Bicara Karya, Forum Presiden, persidangan atau seminar, bengkel dan kursus, sesi bersama novelis atau pengarang buku, pertandingan fotografi, kuiz, pertandingan kemahiran Al-Quran, Pendakwah Millinea, pameran dan jualan buku, gerai-gerai jualan dan sebagainya.
Secara tidak langsung, program sebegini dapat menjana pendapatan UTM di samping membuka jalan kepada penawaran lebih pelajar untuk memilih UTM sebagai destinasi pembelajaran mereka.
Saya yakin staf UTM mampu melaksanakannya jika dilihat kepada penganjuran Konvokesyen UTM setiap tahun. Namun kali ini, Festival Ilmu ini lebih memfokuskan kepada penyebaran ilmu dan informasi secara ilmiah kepada semua.