Saya ingin mencadangkan agar pakaian korporat bagi staf wanita dikenakan dengan tudung berwarna ‘maroon’ dimana ia merupakan warna korporat UTM. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, staf wanita UTM mengenakan pelbagai warna tudung. Dengan terlaksananya cadangan ini, ia mampu menunjukkan keseragaman korporat UTM.
Terima kasih atas cadangan tersebut. Harap maklum bahawa warna tudung bagi pemakaian baju korporat telah pun dinyatakan dalam “Panduan Pakaian Korporat” yang boleh dicapai melalui http://corporateaffairs.utm.my/corporatepublication/corporate-attire/. Bagi makluman, warna tudung yang perlu dipakai bersama baju korporat UTM adalah warna maroon.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.