Saya mencadangkan agar pihak Universiti menganjurkan Kem Pemantapan Pengurusan Persatuan, Kelab dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) secara integrasi dalam usaha memastikan matlamat pengendalian aktiviti, pengurusan dan himpunan sumber dapat digunakan secara bersama dan efektif. Kem ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengurusan Persatuan yang saban tahun dijalankan oleh Pihak HEMA.
Kem Pemantapan Pengurusan Persatuan, Kelab dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM)
by Admin | Apr 7, 2015 | Student Experience | 1 comment
Kursus Pengurusan Persatuan yang dianjurkan oleh HEMA melibatkan lebih daripada 200 pemimpin pelajar dan pengisiannya merangkumi semua bahagian di Universiti ini. Contohnya PHB, Bendahari, Undang-Undang dan Pengurusan Persatuan itu sendiri. Selepas semua exco didedahkan dengan pengurusan persatuan, mereka akan membentangkan projek yang akan dijalankan pada tahun berkenaan. Semasa menjalankan program tersebut, mereka dapat membina kepimpinan dan pembangunan sahsiah secara berterusan.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.