Saya mencadangkan agar UTM mempertimbangkan ruang dan peluang kepada organisasi luar yang berminat untuk membuat pengiklanan di UTM dengan menyewa Ledboard di Blok L50. Sebagai contoh adalah pengiklanan tentang kekosongan jawatan, ‘walk-in interview’, promosi barangan dan servis serta lain-lain perkara yang bersesuaian. Dengan ini, UTM dapat menjana pendapatan dan secara tidak langsung, sebagai alternatif dalam penyaluran informasi kepada mahasiswa dan staf.