Untuk menambah tabung UTM, saya mencadangkan supaya diadakan satu pakej pelancongan yang ringkas dan menarik. UTM mempunyai banyak tempat menarik seperti Tasik Ilmu (kayak/menaiki bot), Taman Rusa (memberi makan), Kuda (menaiki kereta kuda/kuda), musim bunga ‘Sakura Malaysia’ dan sebagainya.
Di samping pengunjung luar yang berminat untuk melawat universiti di mana mereka sangat mengagumi para cendekiawan yang lahir di sini, pengunjung juga lebih tertarik sekiranya ditawarkan kelainan seperti pakej pelancongan di dalam kampus di mana:
1- Diwujudkan trem seperti Zoo Negara (pengunjung sukakan udara yang segar: gambar disertakan); atau
2- Bas bertingkat yang tiada bumbung
3- Bot untuk kegunaan sekitar Tasik Ilmu (seperti di Melaka)
Ini boleh dipromosikan dari semasa ke semasa. Saya yakin penduduk tempatan akan memberikan sambutan yang hebat dan tidak ketinggalan juga warga dari Singapura.
Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan. Cadangan yang sama telah dibawa ke JPU dan diluluskan. 15 pakej telah dimeterai bersama 3 agen pelancongan. Program basikal air akan diadakan dan bakal dibawa ke mesyuarat jabatan akan datang. Penggunaan trem tidak bersesuaian dengan kondisi UTM. Bas tanpa bumbung cadangan menarik yg akan diperhalusi kelak.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.