Saya ingin mencadangkan agar pihak universiti mengambil kesempatan untuk mewujudkan International Journal on Professional Student Development and Inovation (IJPSDI) yang dapat menerbitkan kertas kerja bertaraf antarabangsa khusus kepada pembangunan profesional mahasiswa.
Universiti khususnya menerusi Pejabat HEMA banyak melaksanakan program yang berimpak tinggi yang boleh dikongsikan bersama untuk manfaat semua. Ini turut akan menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan mahasiswa selain mencorak budaya inovasi di dalam setiap program yang dijalankan.
Pihak Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) menyokong dengan idea mewujudkan International Journal on Professional Student Development and Innovation. Walaubagaimanapun, penglibatan jurnal ini perlulah dibincangkan dengan teliti melibatkan pihak HEMA (Pembangunan Mahasiswa), Perpustakaan Sultanah Zanariah (ISSN / ISBN) dan Centre for Student Innovation (CSI).
Tambahan pula, idea mewujudkan jurnal antarabangsa ini memerlukan tenaga kerja dan kos yang tinggi untuk disenggara. Sebaik-baiknya, idea ini hendaklah dibincangkan diperingkat Mesyuarat JPU terlebih dahulu.
Sebagai alternatif, dicadangkan HEMA untuk menganjurkan Conference on Professional Student Development & Innovation dahulu dan menyediakan prosiding conference. Jika sambutan citation kepada prosiding memberangsangkan. Mungkin idea Jurnal Antarabangsa ini boleh dipertimbangkan.