Selain daripada berbasikal, hobi memancing juga adalah salah satu riadah santai bersama keluarga di waktu petang. Saya mencadangkan agar Tasik Ilmu UTM dibuka kepada umum untuk Kaki Joran dengan bayaran minima bagi menjana Tabung Endowment UTM.
Mekanisme:-
1. Dibuka setiap hari (4.00 petang hingga 7.00 mlm)
2. Bayaran RM3 sejam dan promosi RM5 untuk 2 jam
3. Ditambah lagi dengan penjual umpan dan peralatan/perkakasan memancing
Terima kasih atas cadangan yang telah dikemukakan. Cadangan yang sama telah dibawa ke JPU UTM sebelum ini dan diluluskan. Pelaksanaan akan dibuat mulai 1 Mei 2015.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.