Saya mencadangkan agar UTM dapat mempratikkan ‘flexible entry’ untuk meningkatkan status staf UTM. Kemasukan ke program-program UTM (sebagai contoh: Diploma dan Sarjana Muda) oleh staf UTM perlu dilihat semula. Antara syarat yang perlu adalah, kemasukan mereka adalah berdasarkan pengalaman bekerja (dikehendaki menduduki ujian dan temuduga serta program yang diambil adalah bersesuaian dengan bidang kerja). Ini dapat menggalakkan staf untuk menyambung pengajian ke taraf yang lebih tinggi supaya UTM mempunyai staf yang berpendidikan tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.