Di bawah slogan ‘Ideas worth spreading’, Technology, Entertainment, Design (TED) mengorak langkah baru memberi medium kepada innovator-innovator and pencipta-pencipta untuk berkongsi idea-idea mereka dengan masyarakat global. TED bertepatan dengan UTM yang ingin melangkah lebih agresif dalam dunia teknologi global. TEDxUTM boleh mewujudkan medium kepada pencetus-pencetus idea untuk berkongsi idea-idea bernas mereka dengan pelajar-pelajar dan juga masyarakat setempat. Ia bukan saja dapat membudayakan perkongsian ilmu, malahan dapat menyemarakkan gelombang ilmu yang UTM ingin juarai.
Kita sedia maklum bahawa UTM terkenal sebagai sebuah entiti yang banyak menghasilkan paten-paten dan menjalankan kajian-kajian berimpak tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan yang masih ketara dari segi kajian cross field di kalangan fakulti. Sebagai contoh, idea-idea yang dihasilkan di FPREE mungkin tidak diketahui/difahami pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah di FP dan sebaliknya. Melalui TEDxUTM, budaya memperkenalkan idea dalam bidang masing-masing dapat sedikit sebanyak membuka peluang kepada individu untuk lebih memahami idea-idea bidang lain dengan bahasa yang lebih mudah. Selain itu, TEDxUTM juga dapat menyemarakkan lagi semangat ingin meluahkan idea masing-masing di kalangan pelajar dan seluruh warga UTM.